Pendaftaran MyDigital ID
23 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2025, komuniti setempat telah hadir ke NADI Kota Pekan untuk membuat pendaftaran My Digital ID. My Digital ID merupakan inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identity merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: