Program Hari Kasih AIM Pusat Zulnur Kamilah – Booth NADI dan E-Sport Tournament
19 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2025, pihak NADI Kota Pekan telah menerima jemputan untuk membuka booth pameran di Program Hari Kasih AIM Zulnur Kamilah yang bertempat di Perpustakaan Desa Sri Kendong. Tujuan booth pameran ini adalah untuk memberi informasi kepada pengunjung mengenai program yang dijalankan di NADI serta dapat berdaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, pihak NADI juga turut membantu menguruskan pertandingan E-Sport Mobile Legend di program berkenaan. Diharapkan kerjasama bersama pihak AIM ini akan diteruskan dan pengunjung mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: