Program Outreach Memangkas Kemiskinan bersama Pejabat Pembangunan Negeri
23 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2025, telah berlangsung Program Outreach Memangkas Kemiskinan bersama Pejabat Pembangunan Negeri yang dijalankan di Balairaya Kota Pekan dan NADI Kota Pekan. Program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada komuniti setempat untuk memohon atau mengemaskini pemohonan melalui agensi-agensi bantuan yang dibawa melalui program ini seperti LHDN, JKM, eKasih, Perkeso, MAINS dan JPN. Selain itu, turut bersama Jualan Rahmah bagi memberi peluang komuniti setempat membeli barang keperluan pada harga yang rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: