Webinar Wellbeing – Short Tips Boba Hari-Hari, Gula Macam Penyakit Diabetes !
11 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2025, sempena Hari Diabetes Sedunia, pihak NADI Wellbeing telah berkongsi sebuah video pendek yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya pengambilan gula berlebihan dalam minuman harian seperti boba. Kandungan ini menekankan bagaimana tabiat kecil yang tidak dikawal boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan, khususnya risiko penyakit diabetes. Melalui perkongsian ringkas dan padat ini, diharapkan masyarakat lebih peka terhadap pilihan gaya hidup sihat serta mula mengurangkan pengambilan gula demi kesejahteraan jangka panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: