Booth NADI dan Kempen Internet Selamat di Hari Koperasi dan Hari Kantin SMK Undang Rembau
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2025, pihak NADI telah mewakili MCMC Negeri Sembilan untuk mengadakan reruai Kempen Internet Selamat di SMK Undang Rembau sempena Program Hari Koperasi dan Hari Kantin. Tujuan reruai ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai keselamatan internet dan mempromosikan kemudahan dan aktiviti yang diadakan di NADI seperti program smart services Dilea, program Mahir, webinar keselamatan internet Cybersecurity dan pelbagai lagi kemudahan yang terdapat di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: