Pertandingan eSports Mobile Legend Peringkat Kumpulan (Peringkat Negeri Sembilan)
2 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 November 2025, telah berlangsung pertandingan eSport Mobile Legend peringkat kumpulan bagi peringkat Negeri Sembilan. Pertandingan eSport ini telah memasuki musim ke 3 dan wakil kumpulan dari NADI Kota Pekan pernah menjadi naib juara peringkat negeri pada musim 1. Untuk musim kali ini, seramai 64 kumpulan dari NADI di Negeri Sembilan telah mengambil tempat dan kumpulan yang mewakili NADI Kota Pekan telah berjaya untuk memasuki Top 16 yang dijadualkan berlangsung pada 22 November 2025.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: