Saringan Mobile Legend Season 3 dan Kelas Kesedaran eSport
31 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2025, telah berlangsung Saringan Mobile Legend untuk Season 3 di NADI Kota Pekan. Seramai 4 kumpulan telah berdaftar di dalam saringan ini. Saringan Mobile Legend ini dijalankan untuk mencari satu kumpulan yang akan mewakili NADI Kota Pekan ke peringkat negeri. Selain itu, turut dijalankan kelas kesedaran e-sukan untuk bulan Ogos. Seramai 24 orang telah terlibat dalam program saringan Mobile Legend Bang Bang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: