Program Madani Rakyat Negeri Sembilan
25 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2025, staff NADI Kota Pekan telah terlibat di dalam Program Madani Rakyat yang berlangsung di dataran Nilai, Negeri Sembilan. Program PMR ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 22-24 Ogos. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat antaranya agensi Kementerian Digital, MCMC, JPJ, Polis dan ramai lagi. Di booth MCMC, pengunjung dapat melakukan saringan kesihatan secara percuma dan sekaligus boleh mendaftar sebagai ahli di NADI. Selain itu, pengunjung juga dapat mengetahui lebih jelas mengenai MCMC Nexus dan inisiatif MCMC iaitu Kempen Internet Selamat (KIS).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: